
Sinopsis:
Sueraya, gadis lembut yang periang. Walaupun disisih oleh ibu kandung, tidak pernah sebesar zarah pun terbit dihati untuk membenci ibunya. Persoalan bermain diminda, mengapa aku disisihkan? Mengapa aku di benci? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti.....Perlukah Sueraya bertanya lagi?
Duka membaluti hidup Sueraya, apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden, hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya, Firrhan.
"Hisy...tak naklah Firr. Macam mana nak kahwin dengan dia, mak? Firr pun tak kenal dia, ini baru pertama kali tengok dia, dalam keadaan macam tu pulak... Sesiapa pun akan terfikir banyak kali mak, kalau nak kahwin dengan dia, lagi pun Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."
Emilia gadis yang diimpikannya, hanya dia ratu hatinya,... hanya dia cinta pertamanya.
"Ya Allah, jika aku boleh berkata-kata, ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan-insan yang menyayangi diriku. Firrhan, walaupun Sue tidak mengenali dirimu, maafkan Sue di atas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"
hatiku berkata-kata:
yeah memang best cerita ini!!tapi ada ke orang macam sueraya dalam dunia nieyh ?? yup maybe ada sebab dunia ini menyembunyikan 1001 rahsia :) .. penulis baru namun mempunyai bakat yang besar... perkahwinan antara sueraya dgn firrhan mungkin klise dengan cerita lain yakni kahwin sebab terpaksa namun cerita ini tidak lah seperti mana cerita lain kerana perkahwinan paksa ini diantara manusia yg normal dgn wanita yg lumpuh.. bagaimana mereka melayari alam perkahwinan dalam keadaan begitu?? hmm apa lagii cepat ler beli ...

No comments:
Post a Comment