hey welcome to the blogzz :)

kalau anda rasa lagu ini membingitkan sila lah roll ke bawah dan stop kan lagu ni ya!!dan sekiranya anda mempunyai novel terbaru dan ingin berkongsi boleh la emailkan ke sirajabuku@gmail.com

Sunday, 12 February 2012

Erti cinta~by Camellia

wohoo~
buku ni dapat sempena my birthday present :)

mula2 bila bace sinopsis rasa buku ni x la best mana....
 hee besar x gambar :)

sinopsis:
 ANIS SARINA hanya mahukan sebuah tempat tinggal yang aman. Dia bersama sahabat baiknya, Maria berpindah meninggalkan kediaman kolejnya untuk tinggal di sebuah rumah sewa di tingkat 7, sebuah flat.

Namun ketenangan yang diharapkan tidak kesampaian. Pertemuannya dengan pemuda yang bernama Danny dan Joe membuatkan hidupnya tunggang langgang. Hatinya terpaut kepada Danny pada pandangan yang pertama namun Joe terus menghantui setiap langkahnya.

"Dia handsome lah…cair hati aku."

"Handsome macam mana pun, bukan mata kau seorang aje yang nampak tau. Berduyun lagi girls dalam Kuala Lumpur ni yang nampak. Jangan hati kau cair masuk longkang, sudahlah."

"Hish! Cair masuk longkang katanya. Tak kisahlah tu. Yang pentingnya, tak pernah hati aku cair begitu cepat macam tu. Inilah first time aku rasa, aku jatuh cinta pandang pertama.” Dia menyembamkan muka ke tilam, malu pula mengaku begitu. Nasib baik dengan Maria, kalau dengan orang lain…mana nak letak muka?

"Lain kali jangan nak pakai kawan aje kalau tak pasti. Entah-entah budak datang hisap dadah kat flat ni," bebel Joe lagi. Wajahnya makin garang.

Darah Anis menyirap. "Danny lelaki baiklah, kalau kau tak kenal, janganlah kau tuduh-tuduh pulak. Macamlah kau tu baik sangat."

Joe menggeleng. "Sudahlah, dah nak senja. Naiklah cepat."

"Eh! Joe, kenapa kau suka suruh kami naik bila senja ha? Kau tak ada kerja ke selain jaga kami?" Anis makin menyinga. Maria terlopong.

Joe mengangkat bahu. "Aku tak paksa. Kalau kau nak berkhemah di tangga ni pun boleh." Joe berpaling dan melangkah balik ke kafenya dengan muka yang merah padam.

Anis tergamam, hanya matanya saja merenung setiap langkah Joe. Kalau boleh hendak ditolak-tolak biar lelaki tu jatuh tersembam. Pandai-pandai tuduh Danny budak dadah. Heee… hatinya membentak.

Namun siapakah sebenarnya Danny yang penuh misteri itu? Mampukah Anis menerima hakikat yang sebenarnya? Kenapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Sanggupkah Maria berkorban dan mengalah? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini. Empat erti cinta yang mesti diselesaikan…. Siapakah yang akan bahagia?



hatiku berkata-kata:
haish seram gak bace citer nieyh ..dah la bace malam2 ... cerita yg jarang di coret oleh mana2 penulis kerana cerita ini agak mencabar juga.. pengakhiran yg meruntun jiwa dek cinta sejati ;) kisah cinta yg setia walaupun ke'CINTA'an tu tidak seperti kisah cinta novel2 lain.. good job writer sbb buat bulu roma ni meremang ..haha 
BESttttt!!!

Monday, 6 February 2012

Maid Maiden ' by Koaru

kali ni komik pula :) heehee Maid Maiden

 
SINOPSIS:
Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya... tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?!



SINOPSIS:
Alivia yang masuk ke Adam Gordon High School dan tinggal di rumah cucu pengasas sekolah itu, Bennett, mula keliru. Shawn, putera yang pernah menyelamatkannya ketika kecil dulu tidak seperti yang disangka. Malah si setan Bennett juga tak se-setan yang disangka. Namun tatkala keadaan semakin kelam-kabut, motif sebenar Shawn dan masa lalu Bennett mula tersimpul bagai benang takdir yang saling mengikat. Berlarilah Alivia untuk membebaskan diri dari kekusutan yang muncul dan di kala dia di dalam kesusahan, muncul putera berparut di tangan kiri untuk menyelamatkannya sekali lagi. Adakah memori silam akan mula membayangi masa depan Alivia?
     


hatiku berkata-kata♥
wahhh ...best la citer nie ....x sabar nak beli maid maiden friday sebab sekarang ada sampai thursday je...da lama cari maid maiden friday tapi tak jumpa ..x sabar nak tahu apa kesudahan cerita ni ..ya memang agak mahal sikit berbanding novel tapi apa salah sekali sekala tukar angin..
watak di dalam cerita ni digarap dengan bagus sekali even the writer is chinese .. tapi kalau korang tak tau writer dia ni chinese mesti korang ingat melayu :) haha ...  bagi SAYA tak rugi kalau beli komik ni...gambar di dalam pun menarik ..wohoooo terbaik!!!
apa yang terjadi pada Alivia?Lets check-it-out this book  ↓↕

Sunday, 5 February 2012

Aku Pilih Dia~by Hezzy Azra (alaf 21)

Dalam kemilau yang menikam pemandangan, kau permata yang aku cari




SINOPSIS :)

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. 


Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. 


Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! 
Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. 
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. 


Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.




hati berkata-kata:
Cerita yang klise, kisah dua orang merebut seorang gadis ... tetapi bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembacaan novel ..cerita ini mungkin menarik ... cerita yang boleh di agak pengakhirannya ..namun ada juga part yang membuatkan kita tertanya-tanya...terutamanya part ian yang cuba mengelak daripada berjumpa dengan Datin Raudhah dan apa yang berlaku diantara mereka berdua...Bagi saya novel ini hanya biasa-biasa sahaja..


karya lain Hezzry Azra:
      

Friday, 3 February 2012

Yang ku cari~ by mimie afinie

Yang Ku Cari

SINOPSIS ♥
ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?
ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?
BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?
HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?
SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.

hati berkata-kata☺
awesome! citer ni cukup rencahnya suka,duka,masam,manis,pahit semuanya digabungkan dalam sebuah novel yg hanya berharga RM23.90(semenanjung)...cerita ini boleh membuatkan saya mengalirkan airmata (dah la bace malam2 sunyi jee.. tu yg senang mengalir ..huhu) memang puas dan tak rugi beli novel ni..nak tau siapa yang menjadi pilihan aryana??? haa mestilah...jeng..jeng..jeng baca sendirilah :).. apapun buku ni dapat 4.5/5 markah ♫♫♫♫

cerita lain dari mimie afinie:
Kalau ada jodoh
cinta ni santai habis~lawak (maaf tiada sinopsis buat novel ini)
dan tiada komen yang pamjang sebab buku ni pinjam kat cousin je...
lupa jalan citer dia macmmana tapi apa yg ingat citer ni memang kelakar ♥

Yes Boss! by areila sahimi


Sinopsis~
Aryana.. . dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacaknya jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi nasib dia yang mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah bos... kena turut. Setiap rentak bos... kena ikut. Semua kena yes, boss!


hati berkata-berkata:
Buku ni mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.. cerita dia sangat santai dan ada juga part yg klise.. cerita dia pun tidaklah terlalu berat... saya sudah ada anda bila lagy?? hahaha

#tak boleh nak komen lebih2 sebab buku ni kakak sepupu pinjam(sewaktu post ini ditaip)
jadi tak boleh nak menceritakan pendapat dengan lebih panjang ...