hey welcome to the blogzz :)

kalau anda rasa lagu ini membingitkan sila lah roll ke bawah dan stop kan lagu ni ya!!dan sekiranya anda mempunyai novel terbaru dan ingin berkongsi boleh la emailkan ke sirajabuku@gmail.com

Monday, 6 February 2012

Maid Maiden ' by Koaru

kali ni komik pula :) heehee Maid Maiden

 
SINOPSIS:
Demi putera impian yang pernah menyelamatkannya, Alivia bersusah-payah masuk ke sekolah elit Adam Gordon High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya diisytihar muflis dan tidak mampu membayar yuran persekolahannya. Tidak cukup setakat itu, mereka melarikan diri ke luar negara kerana masalah hutang. Mujurlah Bennett Gordon, pelajar kaya di sekolah tersebut, sudi membantunya... tetapi dengan satu syarat! Bagaimanakah hidup Alivia selepas itu?!



SINOPSIS:
Alivia yang masuk ke Adam Gordon High School dan tinggal di rumah cucu pengasas sekolah itu, Bennett, mula keliru. Shawn, putera yang pernah menyelamatkannya ketika kecil dulu tidak seperti yang disangka. Malah si setan Bennett juga tak se-setan yang disangka. Namun tatkala keadaan semakin kelam-kabut, motif sebenar Shawn dan masa lalu Bennett mula tersimpul bagai benang takdir yang saling mengikat. Berlarilah Alivia untuk membebaskan diri dari kekusutan yang muncul dan di kala dia di dalam kesusahan, muncul putera berparut di tangan kiri untuk menyelamatkannya sekali lagi. Adakah memori silam akan mula membayangi masa depan Alivia?
     


hatiku berkata-kata♥
wahhh ...best la citer nie ....x sabar nak beli maid maiden friday sebab sekarang ada sampai thursday je...da lama cari maid maiden friday tapi tak jumpa ..x sabar nak tahu apa kesudahan cerita ni ..ya memang agak mahal sikit berbanding novel tapi apa salah sekali sekala tukar angin..
watak di dalam cerita ni digarap dengan bagus sekali even the writer is chinese .. tapi kalau korang tak tau writer dia ni chinese mesti korang ingat melayu :) haha ...  bagi SAYA tak rugi kalau beli komik ni...gambar di dalam pun menarik ..wohoooo terbaik!!!
apa yang terjadi pada Alivia?Lets check-it-out this book  ↓↕

No comments:

Post a Comment