hey welcome to the blogzz :)

kalau anda rasa lagu ini membingitkan sila lah roll ke bawah dan stop kan lagu ni ya!!dan sekiranya anda mempunyai novel terbaru dan ingin berkongsi boleh la emailkan ke sirajabuku@gmail.com

Friday, 3 February 2012

Yang ku cari~ by mimie afinie

Yang Ku Cari

SINOPSIS ♥
ARYANA, gadis kacukan Melayu Cina. Sejak hatinya diserah pada ‘si dia’, dia sudah tidak punya hati lagi untuk lelaki lain. Hanya ‘si dia’ yang mampu beri apa yang dia cari selama ini. Benarkah begitu?
ZAHIM, lelaki yang terbuka dan berterus terang. Belum apa-apa sudah berani meminta macam-macam. Nampak seperti bukan jenis yang penyabar. Pilihan abah dan Kak Bed, tetapi adakah pilihan dia juga?
BENJAMIN. Kawan baik Zahim ini betul-betul menambah masalah. Jenis kawan makan kawan pun ya juga. Punyalah ramai gadis berketurunan Cina yang cantik-cantik belaka, kenapa harus dia?
HATTA, sahabat sejak kecil. Baik hati, mengambil berat dan penyayang. Malah dia turut disayangi ibu bapa lelaki itu. Kalaulah kasih sayang seorang ibu yang dicari, Hattalah pilihan yang paling tepat. Betulkah?
SEMUANYA tidak semudah yang disangka. Sangat sukar rupanya untuk menggapai bahagia. Ada sahaja halangan, ada sahaja rintangan. Yang pasti, dia tidak akan mudah mengalah. Dia tidak akan cepat melatah. Dia percaya, dia pasti ketemu apa yang dicari selama ini.

hati berkata-kata☺
awesome! citer ni cukup rencahnya suka,duka,masam,manis,pahit semuanya digabungkan dalam sebuah novel yg hanya berharga RM23.90(semenanjung)...cerita ini boleh membuatkan saya mengalirkan airmata (dah la bace malam2 sunyi jee.. tu yg senang mengalir ..huhu) memang puas dan tak rugi beli novel ni..nak tau siapa yang menjadi pilihan aryana??? haa mestilah...jeng..jeng..jeng baca sendirilah :).. apapun buku ni dapat 4.5/5 markah ♫♫♫♫

cerita lain dari mimie afinie:
Kalau ada jodoh
cinta ni santai habis~lawak (maaf tiada sinopsis buat novel ini)
dan tiada komen yang pamjang sebab buku ni pinjam kat cousin je...
lupa jalan citer dia macmmana tapi apa yg ingat citer ni memang kelakar ♥

No comments:

Post a Comment