hey welcome to the blogzz :)

kalau anda rasa lagu ini membingitkan sila lah roll ke bawah dan stop kan lagu ni ya!!dan sekiranya anda mempunyai novel terbaru dan ingin berkongsi boleh la emailkan ke sirajabuku@gmail.com

Sunday, 5 February 2012

Aku Pilih Dia~by Hezzy Azra (alaf 21)

Dalam kemilau yang menikam pemandangan, kau permata yang aku cari




SINOPSIS :)

Pemergian Khalil tiga bulan sebelum diijabkabulkan, mengheret cinta Johana hingga ke pusara. Bertahun-tahun dia merawat duka di hati, namun pengganti Khalil tetap sukar dicari. Bila ada yang bertanya siapa Raif Imran di sisinya, jawapan yang diulang berkali-kali, lelaki itu cuma teman... tapi mesra. 


Raif pula tidak pernah meluah rasa kepada Johana. Baginya, walau didampingi ramai gadis sekalipun, Johana tetap ada ruang istimewa di hati. Johana sering menduduki senarai teratasnya biarpun tidak pernah mengisytiharkan gadis itu miliknya. Kemunculan Ian Redza mula mengubah segala-galanya. Kali pertama Raif menonton kemesraan Ian dan Johana, dia dijangkiti virus cemburu. 


Raif kata, Ian merampas Johana daripada aku! 
Ian balas, Aku tak mencuri hak sesiapa. 
Hati Johana berbisik, Hanya aku yang tahu... ada seorang sahaja yang aku cinta. 


Dalam pada ingin mencintai, tidak seharusnya ada yang akan terluka.




hati berkata-kata:
Cerita yang klise, kisah dua orang merebut seorang gadis ... tetapi bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembacaan novel ..cerita ini mungkin menarik ... cerita yang boleh di agak pengakhirannya ..namun ada juga part yang membuatkan kita tertanya-tanya...terutamanya part ian yang cuba mengelak daripada berjumpa dengan Datin Raudhah dan apa yang berlaku diantara mereka berdua...Bagi saya novel ini hanya biasa-biasa sahaja..


karya lain Hezzry Azra:
      

No comments:

Post a Comment